PinkyNadya


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW

RECIPE - IKAN KEMBUNG MASAK ASAM PEDAS
Assalamualaikum.

Salam Ramadhan to all of you. Syukur alhamdulillah today dah masuk 9th Ramadhan kita berpuasa. Cepat sangat masa berlalu. Rasa baru je start puasa semalam.

Macam biasa, setiap hari saya masak untuk berbuka. I love cooking by the way. So dah terbiasa masak even goreng telur pun jadila hahaha.

So yesterday for the first time saya masak asam pedas. Seriously first time buat main campak je and it turns out sedap gila! (angkat bakul sendiri kekeke). Saya jenis suka kuah yang pekat so asam pedas yang saya buat ni memang pekat and terasa kepekatan kuah tersebut. Hihihi.

Ikan Kembung Masak Asam Pedas


Bahan-Bahan

Bahan A
*4 ekor ikan kembung
*1 biji tomato
*4 biji bendi
*Bunga kantan
*Serai
*Daun kesom
*Asam jawa

Bahan B
*3 ulas bawang putih
*1 biji bawang holland / 5-8 biji bawang merah (saya guna bawang holland nak rasa sedap hihi)
*Cili kering
*Kunyit hidup
*Halia

Cara Penyediaan

*Blend bahan B. Kalau nak pedas lebihkan cili kering ye.
*Panaskan kuali letak olive oil or tak kisah minyak jenis brand apa.
*Masukkan bahan yang dah blend tadi.
*Masukkan air asam jawa (agak-agak)
*Tunggu menggelegak kemudian masukkan serai, bunga kantan and daun kesom.
*Tunggu dalam 2 or 3minit then masukkan ikan kembung tadi.
*Masukkan bendi.
*Masukkan tomato. Tomato potong dadu.
*Letak secubit garam and gula.
*Dah agak nak masak tu tutup la api. Hihi.

**Nota kaki : Ikan boleh tukar nak ikan jenis apa. You can choice for example ikan tenggiri, ikan selar etc etc

Iftar Ramadhan Day 8
Ikan Kembung Masak Asam Pedas
Sayur Campur

Taaadaaaa! Dah siap sila hidang kat atas meja ye hehehe.

Selamat mencuba!!

Thank you for reading this entry!





Labels: ,


0 comment[s] | back to top

KOREA TRIP 2015 (SPRING) - DAY 2 (PART 1) : TRICK EYE MUSEUM, ICE MUSEUM & LOVE MUSEUM
Assalamualaikum.

Goodmorning uols. How's your day everyone? Harini puasa Nisfu Syaaban tak? 

Ok, back to the main topic, kita sambung Day 2 pulak ye. For the previous post ie Day 1, uols boleh tengok kat link bawah ni k.




4th May 2015, Monday


Goodmorning everyone! Selfie with Oppa dari tingkap bilik. Hiks.

If ikut our itinerary (iti) today, we will be going to Everland. Akan tetapi since my daughter, Marissa lambat bangun dari tido so we exchange our iti. Everland is quite far from Seoul, around sejam lebih baru sampai. So if tolak lambat dari guesthouse (gh) alamatnya sampai sana pun lambat la kan. Lagipun Everland is too big to cover. Takut nanti tak sempat cover lak one Everland tu. Hihihi.

So, where we are heading to???

Oppa buat notes siap siap sebab dia tahu wife dia failed baca line subway! Hahaha.

TRICK EYE MUSEUM


Trick Eye Museum is located at Hongdae. As usual we went there by subway. Kami bertolak around 10.30am. Before that we had our breakfast at the gh. As a mom, memang kene prepare foods untuk anak la kan. Dah jadi rutin gitu/ Kat Korea ni susah nak cari makanan halal. So we decided to cook everyday.

Ok harini our menu makan roti dengan tuna je. Hehe. While for Marissa saya masak bubur ikan bilis carrot. Ikan bilis tu saya prepare dari umah lagi. Sangai and blend halus. Carrot pun bawak dari umah juga. Baby carrot. Masak banyak sebab nak bawak bekal untuk Marissa nanti. Takut nanti tetibe dia lapo kan. Hihih.

For your information kebanyakan tempat yang kami pergi semua guna coupon. Coupon tu ada less. Depends kat tempat. Memang sangat berbaloi ye korang guna coupon tu. Walaupun less 20% tapi still banyak gak less kan. Hehe. So anyone yang p Korea this year korang leh email me and mintak coupon tu k. Nanti saya reply through email.

Tengah tunggu subway.

Peak hour


 Dalam train menuju ke Hongdae



Dekat subway ni berderet deret shops. Macam macam jual. Paling banyak shops jual stokin. Stokin Korea cumil cumil semuanya. Geram je tengok hehehe.

Direction

By Subway: Line 2 Hongik University, Exit 1




TRICK EYE MUSEUM
Sampai dah kita hihihi. Trick Eye Museum ni sekali dengan Ice Museum & Love Museum. So korang boleh p terus dua Museum ni.

 Kaunter tiket. Guna coupon yang saya cakap kat atas ni. Dapat less.

The Tickets
Entrance Fee : Adult - 9,000won (RM27) 
Children - 7,000won (RM21)
Coupon dapat 25% less
















Dah habis pusing sini weols p Ice Museum lak. Tiket untuk Ice Museum ni sekali dengan Trick Eye Museum.

ICE MUSEUM



 Sebelum masuk ke Ice Museum ni, weols relax jap sambil minum coffee kat kedai dalam ni.



Ice Choc. Boleh la rasa dia. 

Suhu Ice Museum ni -2c ye. Memang sejuk gila. Marissa masuk 5saat lepastu dia cakap sejuk sejuk dia nak keluar. Huhu. Oppa keluar balik dengan dia. Lastnya saya masuk sorang. Ice Museum ni kecik je tak besar pun. Pusing 5minit habis. Tapi if nak tangkap picture takes time la kan.



 Tempat menggelosor


 Bed and Lamp

 Kerusi

 Unggun api


 Bed and Lamp

Kitchen




 Toilet siap ada tahi ;agi! Hahah



LOVE MUSEUM

Dah habis pusing dua tempat ni weols pun gerak ke Hello Kitty Cafe. Pada mulanya tak terlintas pun nak p Love Museum ni. Tapi since dah datang kan so masuk jela. Oppa tak masuk sebab dia taknak hahaha. To be advised tak payah masuk la sebab tak worth langsung! Kurang pahala korang bila masuk ish ish. Heh. Disebabkan terlampau banyak picture yang sensored so saya tak upload ye hihi. Upload yang ok ok saja ye. 

 Entrance Fee : 8,000won (adult)



Love this QUOTE!


Saya masuk 5minit je hahaha lepastu keluar istighfar banyak banyak sebab banyak yang sensored gila aduhaiii huhuhu. 

Nest, we went to HEELO KITTY CAFE! Hoyeh hoyeh antara cafe yang terbesar is kat Hongdae hehehe. Tunggu next entry ye uols!

Thank you for reading this entry!




Labels: ,


0 comment[s] | back to top

KOREA TRIP 2015 (SPRING) - DAY 1 (PART 2) : DONGDAEMUN & MYEONGDONG
Assalamualaikum.

Ok, kita sambung part 2 pulak ye. Entry sebelum ini, Day 1 Part 1 boleh tengok kat link ni ye. 


After kami mandi makan rehat uruskan diri semua lebih kurang jam 3pm (waktu korea) kami pun menuju ke Seoul Station. Ikutkan dalam itinerary (iti) kami, kami akan ke Insadong petang ni. Tapi taktahu macam mana boleh terlepas station. Haha. Saya memang fail baca map subway. Hihihi. Plus first time kan so tak familiar lagi subway dorang.

For your information, subway kat Korea ni ada yang ada lift. And ada yang takde lift. Depends kat Line dia. So if yang bawak stroller memang hazab jugak la sebab kene menghangkut stroller tu. Tangga dia bukan cenonet macam kat Malaysia ni. Tangga dia ya ampun punya nya tinggi. Mengah ok nak naik. Oppa lagi la penat sebab kena menghangkut stroller tu sampai ke puncak. Hihihi.

Ni la tangga yang weols hadap tiap hari. Huhu. Tengok tu bukan main memanjat lagi. Memang penat gila.

Lift kat subway. Ok nak bagitahu. Lift kat Korea kena tekan sekali je. Bukan tekan banyak kali macam lift kat Malaysia. Kat Korea ni tekan only sekali and pintu lift ni memang lambat gila nak bukak. About 2minit baru nak bukak pintu liftnya. Masa weols first time guna lift ni, saya tekan puluh-puluh kali sebab pelik nape pintu lift ni tak bukak. Lepastu ada sorang Ahjuma (Makcik) tu tegur. Dia tunjuk dengan tangan dia "Only once. Once". Ooo dari situ baru saya paham tekan sekali je then tunggu pintu lift tu bukak, Hayo, malu gila hahah. Same goes to bila nak tutup pintu lift ni pun tekan sekali je. And pintu lift amik masa nak tutup around 1-2minits. Sebab apa? Nak bagi keutamaan dekat orang kurang upaya. Kat Korea ni bagus, dorang sangat utamakan orang disable and orang yang bawak stroller. 

Oppa menghangkut stroller. Rutin kami setiap hari. Memanjat and menurun tangga. Hihi. No wonder ayah and mama cakap Oppa dah kurus. Heh. Mana Marissa?? Tuuuu dalam tu ha nampak tak rambut dia? Hehe. Datang peel Marissa dia taknak jalan taknak bangun nak duk dalam stroller je. Nasib la stroller ni ringan gila. Dahla murah. Memang best stroller ni. Recommended ok! Bak kata Oppa, nanti balik Malaysia kena buat allignment tayar stroller ni. Sian dia dah banyak jalan jauh. Habis lari allignment bak kata Oppa. Hahahah.

Ca, you must wear this one. If tak nanti Ca sejuk. Ok? Okay Alid. (Sembang antara Bapa & Anak) Hihi.

Direction

*Kwanjang Market - Subway Line 1, Jongno-5 Station Exit 8

So jadinya kami dah ke Dongdaemun. Exit ke Kwanjang Market. Exit je terus nampak Kwanjang Market ni. Time ni dah dekat pukul 5pm (waktu korea) so banyak kedai tutup sebab hari Ahad kan. Kelam kabut masa ni so lupa tangkap picture. Huhuhu.

Kat sini mostly jual korean comforter, kain cotton yang super murah and also kain silk. Saya banyak beli kain cotton kat sini masa last day. Harga dalam 10,000won (RM34) je for 4meters. Murah bukan? Tapi ada yang 12,000won jugak (RM40.80). Nanti saya post picture kain masa last day kat Korea.

Next weols pergi ke Dongdaemun. Ikutkan dekat je jalan kaki je dari Kwanjang Market ni. Tapi kami taktahu jalan so naek la subway. Hahaha. Naek subway satu station je pun. Hiks.


Direction

*Dongdaemun - Subway Line 2 Dongdaemun History & Culture Park Station Exit 7

Dekat subway korea ni, banyak kedai or shopping stall kat bawah tanah. So selain shopping kat kedai dia korang boleh juga shopping kat bawah tanah ni. Masa nak exit ke Dongdaemun ni, saya ternampak satu pintu masuk tulis Dongdaemun Plaza Shopping Mall (Underground). Saya ajak Oppa p tengok sat kot mana tahu murah kan.

So bila kitaorang masuk je pintu tu banyak gila jual set comforter. Saya dahla memang hantu comforter ni and memang nak shopping banyak-banyak comforter kat Korea. Hehe.


Ni la suasana kat Underground Dongdaemun Plaza. Hihi. Haebok pun ada tu. Boleh tempah uols. Tapi saya tak tanya pulak harga dia.

Pusing pusing tanya harga setiap stall tu mostly mahal jugak harga comforter tu. Tapi ada satu kedai Ajushi ni jual murah compared dengan stall yang lain. Kedai dia betul betul depan pintu Underground Mall ni. Comforter nipis (boleh buat selimut) harga dalam 10,000won (RM34) je. Saya tanya Oppa nak beli tak sebab tengok macam dah murah kan. So saya pejam sebelah mata and terus beli. Hahaha. Dapatla rembat enam comforter. Kekeke.

10,000won (RM34) each. Yang corak putih background tu 12,000won (RM40.80). Comforter nipis. Saiz queen.

12,000won (RM40.80). Comforter tebal sikit queen size.

Comforter tebal sikit & corak timbul. 15,000won (RM51)

Lepas dah beli comforter tu, Ajushi tu tolong bawa barang kami sampai ke escalator. Baik bukan Ajushi tu. Dia siap bagi direction lagi macam mana nak pergi area Dongdaemun.

Then lepas je dari naik escalator tu dah nampak Cheonggyecheon Stream. River ni sangat panjang so there are many starting points here. Yang weols exit ni exit dekat Dongdaemun Hostory & Culture Park Station. Masa ni dah around 6pm macam tu so ramai yang lepak dekat area stream ni. Masa exit ni korang akan lihat Hotel JW Marriot on your right side. Jalan je depan sikit stream tu dah jumpa Doota Mall.


Cheonggyecheon Stream

My little cheeky #marissasofhan. Dia sangat suka tengok air. Masa ni dia tengok stream ni lama gila sampai saya and Oppa paksa dia balik sebab time tu kitaorang dah lapo. Hahaha.

Doota Mall ni masa weols pergi tengah sales. Memang sangat ramai orang. Nak masuk pun sesak gila. Kitaorang just masuk window shopping je sebab tak tahu nak beli apa. Tak pernah dengar brand dorang so tak beli pape. Hehe. Ohh saya singgah p toilet dalam Doota Mall ni. Hahaha.

Doota Mall


Area luar Doota Mall

Dalam Doota Mall. Ke hulu ke hilir saya usung comforter tu. Haha.

Dalam Doota Mall


Marissa suka sangat pakai dress ni. Masa dia pakai time ni orang Korea tengok dia sambil cakap "Yipuda yipuda" (maksud dia comel) Hahaha. 


Marissa with Walid

Dah penat window shopping kat Doota Mall ni, kitaorang p cari makanan. Since dah dekat area sini so planning nya boleh merasa ikan bakar kat Dongdaemun. Orang cakap ikan bakar Korea memang sedap. Ok how to go to Kedai Ikan Bakar ni??

Direction

Exit je dari Dongdaemun History & Culture Park tu akan nampak Cheong Stream tu. On your right side uols akan nampak Hotel JW Marriot. Jalan je terus  jangan lintas jalan. Anggap je yang stream uols nampak tu is jambatan pertama. Jalan terus and then uols akan nampak jambatan kedua. Nampak je jambatan kedua ni uols amik kanan. Jalan depan sikit nanti belah kiri tu ada nampak laluan kecik je. Dekat laluan kecik tu banyak kedai jual ikan bakar. Weols makan kat kedai ikan bakar yang first ie belah kiri kat jalan kecik tu.


Satu set ni sekali dengan 3 pinggan nasi only cost 9,000won (RM30.60). Bagi saya memang murah. Harga termasuk ikan bakar tu sekali. Ikan tu korang boleh pilih nak ikan apa. 

Satu pakej ni korang akan dapat;

Ikan Bakar (Ikan Boleh pilih)
Soup
Kimchi
Sayur taugeh
Ulam (kelat & pahit gila)
Sawi
Air masak (Bagi dalam jug. Yang bestnya its free! Refill la banyak kali memang free. Saya refill sampai 2x. Dahla sejuk air dia)

See. Marissa pun suka makan. Sampai hirup kuah gitu. Hiks.



Alhamdulillah dah kenyang makan kitaorang pun balik. On the way balik tu singgah kat Hotel JW Marriot sat. Tangkap picture area situ sebab geram tengok bunga dia glooming sangat!


Bunga yang sangat cantek!

Muka Marissa yang super happy! Tahan sejuk betul dia. 

Ok dah around dekat 730pm macam tu kitaorang pun balik. Naik subway macam biasa. Hehe. Sangat penat jalan banyak hehe. 

Tetiba terlintas pulak nak jalan jalan area Myeongdong. Dorang cakap heaen shopping kat situ especially produk skin care. Memang murah gila compared kat Malaysia ni. So Oppa cakap okay je if nak singgah.

View dalam subway on the way to Myeongdong. Subway kat Korea ni luas. Tengok picture ni luas kan. Kat tengah tengah tu boleh bersila kot. Train kat Malaysia kecik je.







Pemandangan Myeongdong ketika malam. Serius ramai sangat orang. Macam kat pasar malam punya ramai sangat

Dekat Myeongdong ni banyak gila kedai skin care. Contoh The Face Shop, Skin Food, Nature Republic etc. Brand yang tak pernah dengar tapi famous kat Korea macam Missha, Innisfree, Tolly Molly etc memang sangat berlambak kat tepi tepi street ni. Kat tengah tengah tu banyak stall orang jual foods, air buah etc.

Saya memang aim nak beli Mask banyak banyak sebab dorang cakap murah kan. So the first shop we went is Face Shop. Hehe. 

Marissa with Salesgirl from The Face Shop

Ini antara barang yang saya sempat rembat. Hihihi. That Mask sekeping 1000won (RM3.40). Saya beli 10keping. Lepastu eyeliner tu 4batang 11,900won (RM40.46). Eyeliner yang satu tu lupe dah harga bape hihihi. So semua tak ingat dah harga bape tapi saya dapat claim tax la dari kedai ni sebab beli banyak hahaha. Tapi lastnya tak claim pun tax sebab dapat sikit je tax tu. Oppa cakap tak payah la claim sebab dapat sikit je pun. Dengan nak queu nya lagi kat airport tu. Tak berbaloi. Hiks.

Next, saya masuk kedai Skin Food pulak. Skin Food ni tak banyak sangat promosi dia. Senang cakap tak sales sangat pun. So saya beli sikit je.


Sekeping Mask berharga 1,000won (RM3.40). And saya beli sunblock tu. Lupe dah harga bape. Yang lain tu free gift.

 Yang ni pulak Mask dari brand Innisfree. Murah okay yang ni sekeping 1,000won. Buy 1 free 1. Haha. So rembat 10keping dapat free 10keping kikik.

 And lastly eyeliner from Missha. Ni kawan pesan. Yang lagi satu saya punya. Eyeliner jenis pensil punya.

Overall, banyak gak saya shopping. Tak kira pun berapa habis kat sini. Sebab duit shopping Oppa yang pegangkan. Weols memang dah siap siap asing duit.

Accomodation - RM1,000
Entrance Fee & T-Money Card & Tambang Teksi - RM1,000
Makan - RM1,000
Shopping - RM2,500

Kedai kat Myeondong ni tutup around 10.30pm camtu. Yang stall tepi tepi tu tutup around 10pm camtu. Shopping kat sini quite mahal sikit if nak compare dekat Namdaemun and Dongdaemun.

Ok got to go now. Nanti sambung Day 2 pulak ye.

Thank you for reading this entry!



Labels: ,


0 comment[s] | back to top